Entries Carta Organisasi Sejarah Sekolah Peranan Pengawas FOLLOW DASHBOARD


Usaha Bukan Kata


Selamat Datang^^

19 Visit

Selamat Datang^^






Old Entries



Sejarah Ringkas Sekolah Tinggi Muar

Sekolah Tinggi Muar telah dibuka pada tahun 1902. C.P Frois menjadi Guru Besar pertama padas 1904.Nama asal Sekolah Tinggi Muar ialah Government English School.Bilangan pelajar ketika itu kira-kira 40 orang.Pada tahun 1905 sekolah ini berpindah lokasi di Jalan Abdullah.Kemudian pada tahun 1907 seklai lagi berpindah di Jalan Sulaiman.Setahun sebelum itu sekolah ini berpindah di tapak bangunan Pasar Sayur sekarang.Pada tahun 1910 sekolah ini berpindah di kawasan Tanjung Muar untuk sementara waktu.
Pada tahun 1914 bangunan baru siap dibina dan setahun berikutnya bangunan baru ini mula digunakan.Seterusnya pada tahun 1928 bangunan tambahan dua buah bangunan mengandungi 8 bilik siap dibina bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah.Pada tahun yang sama lagu sekolah ini telah dicipta oleh Miss Belly Milne, Penguasa Sekolah Persediaan Inggeris (Prepatory School).Pada tahun 1929 Lembaga Pengawas telah ditubuhkan iaitu yang dilantik dari setiap rumah pasukan.Pelajar-pelajar perempuan mula diterima masuk ke sekolah ini mulai tahun 1947 iaitu dari Sekolah Sultan Abu Bakar khusus untuk menyambung pelajaran di peringkat Senior Cambridge.Dua tahun kemudian asrama telah diasaskan oleh Guru Besarnya, Encik C. A. Scott.Ia terletak di kawasan sekolah.Pada tahun 1953 pihak sekolah telah memperkenalkan pakaian seragam untuk pelajar-pelajarnya iaitu seluar pendek biru berserta baju berwarna putih.Pengawas pula berseluar panjang putih dengan baju berwarna putih.
Bangunan Sekolah Persediaan (Prepatory School) telah diserahkan kepada Sekolah Tinggi pada tahun 1957.Walau bagaimanapun bangunan ini kemudian digunakan untuk Pusat Latihan Harian.Hanya pada tahun 1959 bangunan tersebut dapat digunakan oleh Sekolah Tinggi.Pejabat Pelajaran kemudian menempatkan kelas-kelas menengah melayu di Bangunan Sekolah Persediaan sehingga tahun 1963.Sekolah ini telah dibimbing oleh Sekolah Tinggi.Bangunan Persediaan itu digunakan semula oleh Sekolah Tinggi pada tahun 1963 apabila kelas-kelas menengah melayu mendapat bangunan sendiri dengan nama Sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar.Bilangan penuntut Sekolah Tinggi ketika ini kira-kira lebih 1400 orang dan meningkat kepada 1800 pada tahun 1964.
Sekolah Tinggi juga berperanan sebagai Pusat Lanujutan Normal (Normal Classes) untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris, (sebelum perang sehingga 1960).Apabila pihak kerajaan mengadakan rancangan Pusat Latihan Daerah (Regional Training Center), Sekolah Tinggi telah digunakan untuk tujuan tersebut.Pada tahun 1965 kemasukan pelajar-pelajar melebihi 2000 orang.
Pada tahun 1966 sekolah Tinggi dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Tinggi dan sekolah baru yang kemudian dikenali dengan nama Sekolah Sri Muar.Pada tahun 1969 Sekolah Tinggi mendapat bangunan baru untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Pada tahun 1974 kelas-kelas menengah rendah berpindah ke Sekolah Tinggi II di Jalan Junid.Pada tahun 1979 Sekolah Tinggi II berpisah dengan Sekolah Tinggi dengan nama baru Sekolah Menengah Jalan Junid.
      Sekolah Tinggi Muar mendapat beberapa buah bangunan baru pada tahun-tahun 1990an.Blok-blok tersebut ialah Blok F(1990), Blok G(1990), Blok L(1991), Dewan(1991) dan Surau(1997).Blok F digunakan untuk kelas-kelas dan Blok G digunakan untuk pejabat pentadbiran, makmal, pusat sumber dan perpustakaan.Blok L pula digunakan untuk 15 buah bilik darjah.Pintu besar Sekolah Tinggi Muar siap dibina pada bulan April 1992.Blok B pula digunakan untuk bilik tayangan dan seminar.Blok E berfungsi sebagai bengkel Kemahiran Hidup dan Blok K merupakan kantin sekolah.Blok J pula merupakan pusat kokurikulum.Bangunan lama yang dibina pada tahun 1904 masih digunakan sehingga sekarang sebagai kelas-kelas Tingkatan 4, Enam Rendah dan kelas-kelas Rancangan Khas.


Newer Post
Older Post